Custom Search

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM, WELCOME TO MY BLOG. This blog was a medium to me deliver a little bit of information and my personal view to you all. it is not aimed to split anyone or damage of anything. it's a sincere view from a youth that too eager see his religion and race successful.


Friday, May 14, 2010

Buang je guru sampah iteww 1...2...3... buang!!!

2 guru ‘bergusti’
Oleh Abdullah Wahab2010/01/29
BANTING: Memalukan apabila seorang ustazah dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di sini bergaduh sesama sendiri dengan disaksikan pelajar dan guru lain di sini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, ustazah berusia 40-an dan guru Matematik berusia 24 tahun dikatakan ‘bergusti’ selepas berlaku salah faham ketika berada di kantin sekolah. Difahamkan, guru muda terbabit terpaksa melarikan diri sambil dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum ditampar dan bergelut dengan ustazah terbabit.
Sumber berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada dendam ustazah berkenaan sejak setahun lalu selepas anaknya yang diajar guru terbabit dipukul dengan pembaris kerana melakukan kesalahan. Bagaimanapun katanya, tindakan guru itu menimbulkan perasaan tidak puas hati ustazah itu sehingga membawa kepada pergaduhan. “Guru muda itu dikatakan dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum dia ditampar, dipukul dan bergelut dengan ustazah itu.“Insiden itu berlaku beberapa minit dan dipercayai turut disaksikan pelajar yang sedang melakukan aktiviti luar sebelum beberapa guru lain berjaya mententeramkannya,” katanya di sini, semalam.
Difahamkan, kejadian itu kali pertama berlaku di sekolah berkenaan, bagaimanapun kejadian itu boleh menimbulkan implikasi negatif kerana ia disaksikan pelajar. Susulan kejadian itu, guru Matematik itu kemudian membuat satu laporan polis kira-kira jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat berhubung kejadian itu. Kedua-dua guru berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanapun difahamkan mereka sudah dipanggil pentadbir sekolah untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian itu kerana ia mula menjadi buah mulut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. “Saya difahamkan kedua-dua guru terbabit pernah berselisih faham sebelum berlaku kejadian ini. “Bagaimanapun ia dapat dikawal dan diselesaikan secara baik oleh pihak sekolah,” katanya

SEREMBAN: Tindakan dua pelajar tingkatan satu membuat laporan polis mendakwa dicabul seorang guru lelaki sekolah rendah membawa kepada pendedahan mengejutkan apabila ada lebih 10 aduan mengenai perbuatannya dibuat kepada guru besar sejak setahun lalu.Mulanya polis menerima dua laporan mendakwa guru berkenaan mencabul kedua-dua mangsa ketika mereka di tahun enam.Siasatan lanjut mendapati sejak setahun lalu, ramai lagi murid lelaki membuat aduan kepada guru besar mendakwa dicabul di pelbagai lokasi.
Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh, berkata sebelum ini, tiada seorangpun membuat laporan polis sehingga kedua-dua mangsa tampil baru-baru ini.“Kami mendapati ramai lagi murid membuat laporan kepada pihak sekolah, tetapi tidak dipanjangkan kepada polis,” katanya.Menurutnya, polis akan merekodkan kenyataan daripada guru, mangsa serta beberapa rakan mangsa yang mendakwa dicabul.“Siasatan turut mendapati ada murid mendakwa dipaksa melakukan seks oral, tetapi kami belum dapat pastikan sama ada ada mangsa diserang secara seksual,” katanya.Beliau berkata, sesetengah mangsa terlalu muda sehingga tidak sedar mereka dicabul.“Kami meminta mereka yang menjadi mangsa tampil membantu siasatan. Polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan terperinci,” katanya yang mengesahkan guru itu sudah ditahan.
Difahamkan, guru terbabit sudah bertugas selama lima tahun di sekolah berkenaan dan memegang tanggungjawab sebagai penolong kanan kokurikulum serta jurulatih hoki sekolah.Sementara itu, seorang guru yang enggan dikenali mendakwa kebanyakan tenaga pengajar di sekolah itu sedar perbuatan guru terbabit, termasuk bekas guru besar. “Tetapi kerana sebab tertentu, mereka menutup mulut. Ada juga murid mendakwa guru itu memberi duit untuk merahsiakan perbuatannya. Dia juga ada menghadiahkan telefon bimbit kepada seorang murid,” katanya.
Guru itu mendakwa suspek juga mencabul muridnya ketika rombongan sekolah, tetapi kebanyakan berlaku ketika pendidikan kokurikulum.“Kami dimaklumkan ada sesetengah murid pergi ke rumahnya selepas waktu sekolah dengan alasan mengikuti tuisyen,” katanya.Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Datuk Abdullah Mohammad pula berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat hari ini untuk menentukan tindakan disiplin yang boleh dikenakan terhadap guru terbabit.“Siasatan kes itu kami serahkan kepada polis, tetapi kami turut menjalankan siasatan dalaman serta menyoal bekas guru besar serta mereka yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya.Katanya, dakwaan itu amat serius dan tindakan tegas----> ape daa..no integriti laa HM die.

Rabu, 2009 Februari 25
Guru mengaku tak bersalah cubaan rogol, cabul pelajar
KOTA BHARU: Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga pertuduhan termasuk mencabul kehormatan dan cubaan merogol pelajarnya, antara Mac hingga April 2007.Guru terbabit, Mohd Nasir Ab Rahman, 52, dari Kampung Gual Nering, Rantau Panjang, turut didakwa memiliki koleksi gambar lucah yang disimpan dalam telefon bimbit dan komputer riba miliknya.Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah itu sebaik tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Madihah Zainol, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Ridzuan Muhamad.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 15 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya dalam bilik Unit Peperiksaan SMK Rantau Panjang, kira-kira jam 3.30 petang pada 16 Mac 2007.Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau sebat atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa cuba merogol mangsa di sebuah rumah dekat Kampung Gual Nering, jam 12 tengah hari pada 14 April 2007.Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga maksimum 20 tahun dan sebatan.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit jenis Nokia N90 dan komputer riba jenis Acer berwarna perak di Balai Polis Rantau Panjang kira-kira jam 11.25 malam, pada 24 April 2007.
Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.Che Mohamad Zulkifly membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

No comments: