Custom Search

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM, WELCOME TO MY BLOG. This blog was a medium to me deliver a little bit of information and my personal view to you all. it is not aimed to split anyone or damage of anything. it's a sincere view from a youth that too eager see his religion and race successful.


Tuesday, October 21, 2008

SHAMSIAH FAKEH MENINGGAL DUNIA, Innalillah...


From Kosmo,



KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, (PKM) Shamsiah Fakeh, 84, meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Tropicana, Damansara semalam.


Shamsiah, juga bekas Ketua Angkatan Wanita Sedar (Awas), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuh pada 1946, meninggal dunia pada pukul 9 pagi.


Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Besi selepas solat Asar, kata anaknya, Jamaluddin Ibrahim di sini semalam.


Shamsiah yang sebelum ini tinggal di China dan kembali ke Malaysia pada tahun 1994 selepas termeterainya perjanjian damai antara PKM, Kerajaan Malaysia dan Thailand pada tahun 1989, meninggalkan dua anak lelaki dan empat cucu.


Suami Shamsiah, Ibrahim Mohamad dan seorang lagi anaknya meninggal dunia sebelum beliau. - Bernama