Custom Search

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM, WELCOME TO MY BLOG. This blog was a medium to me deliver a little bit of information and my personal view to you all. it is not aimed to split anyone or damage of anything. it's a sincere view from a youth that too eager see his religion and race successful.


Tuesday, February 22, 2011

DI SUATU KETIKA..

Di suatu ketika dahulu, pada waktu ini, aku pernah ternanti - nanti panggilan dari seseorang. Namun panggilan yang kunanti tak kunjung tiba. Sampai laa aku yang menghubunginya. katenye mahu jadi yang terakhir, dan lagi katenye aku kan dapat kredit free, jadi die menunggu panggilanku :(
Sejujurnya pada waktu itu aku curiga dengan kesetiaannya. Die tak ingt langsung sebenarnya hari apekah itu. Namun kubiarkan perasaan itu berlalu. Satu demi satu rahsia dirinya terbongkar. Disaat die merasakan hubungan kami stabil, kutinggalkan die..Tak pernah kulupe sikapnya padaku di suatu ketika itu...
p/s: mood jiwang di hari birthday :(

Saturday, February 19, 2011

COMEBACK!

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Selamat tahun baru 2011 ;) walaupun dah berlalu dekat 2 bulan hehehe.. Lame dah tak update blog ni. Hari ni seperti yg anda tahu merupakan hari persekolahan ganti bagi sesetengah sekolah (bagi sekolah yang bercuti panjang mase raya cine ritu). My family semua xde kat ipoh ni, ade yg balik KL dan yg lainnye balik kg kat sungkai. So tinggal laa aku sensorng kat umah...
balik skolah tdi kul 6.30 pm dlm keple dh plan nak buat itu ini hehe.. mase kete dh sampai simpang taman perumahan, on the dot ubah fikiran teruskan perjalanan, terus ke batu gajah. Destinasi yg dituju TF batu gajah. TF batu gajah xde laa happening sgt, same je cam TF tg malim. Yg bestnye ade MR CENDOL dan ROTI MAMA. mmg best cendol kat ctu n roti kopi die (tpi rotiboy lgi best).
So, sesampainye di TF, aku terus pekena cendol ngn laksa kat MR CENDOL. xramai org sgt, dlm kul 7 cmtuh.. hurmm aku mkn sensorng je. yg kelakarnye, ade laa sorng budak ni die dtg nak order, die tengok aku mkn laksa then terus diepun order laksa.. pastu dtg seorng lgi perempuan ni, die order cendol bungkus memulenye..sementara menunggu (die dok sebelah aku), die mintak kat waitress tu nak laksa..dlm hatiku mse tu, aku mkn pelahap sgt ke smpai buat org lain terliur hihihi..rasenye x.. cara makanku boleh mempengaruhi selera org hahaha.. perasan! jalan - jalan cari makan kne jemput aku laa cmnih heheh boleh kuekspresikan keenakan makanan dgn tepat sekali hahah..


p/s: mek kelate kat anugerah angkasa jdi penyampai anugerah dh beranak ke? sape ade gmbr anak die? :)
sempat gak berkenalan ngn akak yg terpengaruh dgn keenakan laksa yg kumakan hihi..

Thursday, June 24, 2010

Cerita Aminah dan jenab legab yang menghilang...

Di pejabat D, si bos membahagikan tugas kepada pekerja2 nya, Aminah, Joyah dan Jenab. Setiap orang ada bahagian tugas masing2.Dialog antara aminah dengan bosnye seperti berikut,
bos: Aminah awak buatkan report si Jenab ni, die dah lame xdtg keje hilang ntah ke mane.
Aminah: baik bos, hamba yang hina lagi pacal menurut perintah
Emosi Aminah sepatutnya:
A: buat kerja dengan tersebut dengan ikhlas walaupun terpaksa balik kerja lambat sampai wat OT tp FOC walaupun die tau bank Jenab tetap masyuk.
B: buat kerja dengan bengang sebab dahlah banyak keje menambah plak dengan keje si Jenab ni. Si Jenap makan gaji bute!

Persoalannya:
Kalau korang di tempat aminah, apakah emosi korang?huhu... aku? ade llee~..
Emosi yang manekah adalah normal bagi manusia yang normal?
Jika secara sepontannya, berdasarkan emosi di atas, yang mana satu yg akan singgah dalam hati korang dahulu?

hantarkan jawapan anda, taip JENABMALAS jarak A / B hantar ke 33310 huhu~

Thursday, May 20, 2010

Lesen Judi Piala Dunia Menyanggahi Fikiran Bertamadun

Oleh : SS DR ASRI ZAINAL ABIDIN

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa pihak Kerajaan Pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut;

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h:
“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).
Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud)
“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).
Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesankan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘taukeh’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

7. Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

* Tersiar dalam Malaysiakini pada 09 Mei 2010.

p/s: cikgu: murid2 apakah hukum berjudi??
murid: haram sehingga menjelangnya piala dunia 2010 nanti cikgu!!!




korang rindu x??

Assalamualaikum. title kat atas tu korang rase rindu kat sape?? hehhe... sebenarnye aku nak tulis korang rindu x kat skola korang??actually, aku bru pas tengok ehwal islam, then dgr sorang dak kecik ni nyanyi lagu ummi (nyanyian hadad alwi n budak kecik tu) (sebab tajuk this week pasal hari ibu). Aku teringat, mase kat SERATA dulu setiap f1 akan ade majlis orientasi. seminggu. kumpulan orientasi bercampur2 xikut kelas ngn dorm. satu group dlm 11 orng. then fesi die prefect. nnti ade pertandingan tilawah, syarahan agama, hafazan, nasyid lawan sesama kumpulan f1. mase ni laa bakat2 baru akan dikenal pasti. yg teror hafazan, tilawah n syarahan akan dijadikan pelapis dan akan dibimbing oleh senior2 yg mmg tgh menjai wakil sekolah. yang suare sedap pulak akan diserap ke haqqul yaqin (pelapis nasyid) which pasukan nasyid utama sekolah ainul yaqin. kirenye mase skola dulu kalau pertandingan cikai2 skola hntr haqqul yaqin je pegi. kalau bertaraf tinggi skit pertndgn tu brulaa ainul yaqin yg join. berbalik pada kerinduan aku tu, aku teringt, mase tu aku f4. ade 1 kumpulan f1 ni die nyanyi lagu nasyid ummi tu ngn ibu yg kumpulan eyman nyanyi tu. dua2 lagu tu dinyanyikan oleh 2 budak yg berbeza. tapi budak tu nyanyi lagu ummi tu mmg buat penonton terpukau dengan kesayuan, kemerduan alunan suare die.sampai member aku culik die pas orientasi tu nak jdkan adik angkat (budaya SERATA adik angkat laa, adik megi laa, adik epal laa) hehehe...pas orientasi hbs pun penangan suare budak tu xhbs, budak tu dipanggil di kls2 kakak senior di waktu2 prep suruh nyanyi lgu tu. tp aku seyes lupe name budak tu, tp aku yakin die mesti dh berjaya skang.aku dgr budak yg nyanyi kat tv1 td, kemerduan, kesayuan suare budak tu laa mengingatkan aku pada zaman skola aku dulu.

Skang ni aku dh bergelar cikgu. cikgu di sekolah harian biasa. sekolah di bawah KPM. aku bersyukur dengan kerja aku. kalau sebelum ni posting aku seperti mengeluh terpakse bergotong royong di hari guru, bukanlah bermakna aku ni cikgu yg demand. ape yg dikeluhkan kenapa hari yg sepatutnya golongan cikgu diraikan tp jd sebaliknya. but after dgr pelbagai komen, aku terima, anggaplah ianya sebagai satu fun, enjoy that thing, sebagai 1 medium guru n pelajar lebih erat lg. aku bersyukur disekolahkan di Sekolah Raja Perempuan Taayah. sampai matipun aku akan jaja bahawasanya aku adalah PBSISTA hehehe... Sekolah yg mane kakak presiden persada pernah cakap mase aku f1, takde identiti. pelajar SERATA lah identiti kepada Serata.Xtau SERATA ni menengah ke rendah ke..agama ke sekular ke..kalau kita pakai tudung labuh, tp perangai mcm budak2 org luar akan kate, ooo SERATA ni sekolah rendah agama.. kalau kite pakai tudung pendek sinsing lengan org luar akan kata ooo SERATA ni sekolah biasa. Jadi pelajar SERATA laa yang perlu membentuk identiti menengah dan agama itu kepada pandangan masyarakat luar.

Setelah melalui pengalaman di kedua2 jenis sekolah, memanglah sangat berbeza. ialah sebab aku dulu skolah asrama, aku mengajar pulak skolah harian biasa.tetapi sebenarnya yg lebih berbeza mungkin dari segi dasar. kalau smk ni kene laa terikat dengan dasar kpm yg pade aku kdg2 membuatkan pelajar xterbuka. die hanya dapat info/ilmu dari pnp semata2. pnp sangat penting bg sekola di bawah kpm. berbeza dengan waktu aku sekolah dulu. xape kalau dalam sebulan 4 hingga 5 kali off pnp sebab menghadiri ceramah motivasi, teknik2 menjawab matematik/kaedah2 grammar english. seingat aku, kerapkali diadakan acara seperti itu.bukan ketika aku f3 dan f5 sahaja. sejak f1 hingga f5 sangat banyak. xperlu sayangkan sangat masa pnp untuk sesuatu yg lebih berguna. aku ingt lg, salah satu program yg dibuat, tentang bahasa inggeris. dari situlah aku mule faham kaedah grammar. penceramah program tersebut juga bukan calang2 orang. tapi sory laa, aku xingt penceramah tu dri company mne.

kalau nak ikutkan waktu persekolahan, belaja same mcm bdk2 lain. tpi kalau ade event, mcm hari anugerah ke..hari kantin ke.. nak dekat2 hari tu mesti xblaja sgt. bukan cikgu xde, murid yg xde bz. cikgu bole laa relaks kat bilik guru. bz sbb ape, haa, persiapan pentas, bukan susun kerusi n buat background gune banner je ekk, badan pengawas mmg ade PRO yg akan susun kerusi, hias dewan, buat background pentas bunga2 laa, kerawang2 laa, kadang bentuk kubah dan masjid pun pernah. then student yg buat persembahan kne berlatih, siaraya siapkan wire2 mic2, buat connection kat tv plak supaya org kat kantin leh tengok peristiwa dlm dewan (sebab hari anugerah hanya penerima hadiah n family n kelas yg ditentukan je leh duk dlm dewan) pelajar lain tengok kat kantin.so bole kate semua org bz. mmg semua student yg handle, cikgu pantau je. ketua umum laa yg palig bz skali memastikan anak buah die siapkan keje.kdg2 yg uruskan dewan tu sampai tgh mlm kat dewan sekolah.org len sedap tido kat dorm. aku rindu suasana hectic skolahku. bile ade event, mmg terase mcm satu festival bsr.

akiviti harian yg sebenarnye sangat berguna dalam mematangkan rohani dan jasmani. hurmm.... yg aku ingt, biasenye malam selepas maghrib akan diadakan aktiviti persada. isnin tadarus kumpulan A. so kumpulan B bole balik dorm pas maghrib. isyak bru dtg balik. selasa tadarus kumpulan B. kumpulan A rehat. rabu kuliah maghrib ( kelas yg memegang surau angkat yg akan buat). surau angkat? korang ingt x ape tu surau angkat wahai warga taayah? setiap kelas akan jaga surau seminggu. tugasnya adalah pilih 1 hari dalam seminggu tu untuk membersihkan surau secara besar2an. selain itu kelas itu kene menyelaras program qiamunlail untuk minggu tu. bagi tazkirah laa sebab hari khamis ade qiamunlail. dan lagi kelas yg pegang surau angkat jugak kne menyelaras program kuliah maghrib setiap rabu selepas maghrib. kuliah maghrib ni org yg period pun kne dtg surau dok belakang. korang mesti ingt kuliah maghrib ni ceramah kan? no..no..no... kuliah maghrib ni ape jua bentuk peringatan, sama ada sidang pleno ke, lakonan ke, lakonan suare ke asalkan yg dapat menginsafkan dan mengingatkan kite kpd Khaliq. aku rase semua warga SERATA suke kuliah maghrib. ade kelas yg buat lakonan yg kadang2 memang sampai menitis air mata. ade kelas yg buat ikut isu semasa, ade yg buat lakonan tentang penghinaan barat terhadap islam, pencerobohan israel. yg aku ingt kelas 5 thanawi (mase aku f5) buat fashion show. buat fashion2 yg sopan dan yg nmpak mcm sopan tp sebenarnye xsopan. tp biasenye senior2 buat power2, sebab dah banyak xperience. disinilah terserlah kekreativiti pelajar. hurmm hari khamis plak kuliah umum. hari khamis pas maghrib bace yasin ngn solat hajat. pas isyak xde prep (hari khamis n sabtu je xde prep). kuliah umum wat kat dewan pelajar jemput ustaz2. haa ni bru ceramah. kadang ustaz best kadang hehehe zzz....masih terbyg2 diingatanku pakai bju pink (bju prep, terhegeh2 amik kerusi kat kelas f1 kelas yg dekat ngn dewan sebab kerusi kat dewan xcukup). pas kuliah umum, dorm yg kne turn qiamunlain kene p tido kat surau untuk berjage mlm.sebelum tido tu ade tazkirah yg diberi oleh pelajar dri kelas yg menjaga surau minggu tu. hari jumaat tadarus. hari sabtu tadarus je pas maghrib tp pas isyak ade usrah. aktiviti kumpulan, alaa aktiviti usrah mcm kat u tuu. mse ni laa klu ade prob bgtau ngn kak naqibah hehehe... (aku xbuat cmni) usrah sekejap je. pas usrah aktiviti bebas. itupun usrah minggu selang2. kalau xde usrah free laa, dok citcat2 date ngn adik angkat. ahad plak ade zikrullail. aku suke sgt zikrullail. kadang2 kalau tension blaja, mase zikir ni laa menitiskan air mate (mse zikrullail ni ade ketua gune mic, then tutup semua lampu surau, mmg best, rase suci sgt pastu hahaha).

pada pandangan aku yg novice ni, pendidikan seminimum mungkin adalah seperti yg diatas. rohani akan melahirkan jasmani. pernah ade kawan aku mase upsr dulu die 1 A je, tp pmr die boleh dpt straight 9A's. bile dalaman kite mantap, kite mudah dgr cakap org/cikgu, Allah mudahkan/terangkan hati kite.dari zaman skolah lagi aku percaya, untuk berjaya, yg pertama doa kemudian usaha. sebab hanya doa senjata org mukmin. dan kejayaan kita adalah ketentuan Allah. aku percaya yg doa boleh mengubah sesuatu. mcm mane care berubah tu, Allah yg tentukan. pernah ustaz aku tanye, kalau kamu toreh tgn guna pisau keluar api kamu rasa pelik x. pelajar pun jawab pelikk... ( kami xjawab xmungkin sbb Alhamdulillah/Insya Allah anak2 SERATA mantap akidah). pastu uztaz cakap, xpelik, sebab KEBIASAANNYA bila tangan luka akan keluar darah, tapi bole aje kalau Allah kehendaki toreh tangan keluar api. jadi pelik x kalau kite berusaha tapi xberjaya. xpelik kerana semuanya atas kehendak Allah. jadi banyakkan berdoa semoga kejayaan milik kita :). sekian Wallahua'lam...

Friday, May 14, 2010

Selamat tinggal Piala Thomas Selamat datang sukan Komanwel

Sedih tengok Datuk Lee Chong Wei terkial - kial dikalahkan dek Lin Dan. Lin Dan ni cam player yg berlagak berbeza dengan Chong Wei yg lebih sopan. tengok sajalah aksi kemenangan Chong Wei menang mase All England, lepas menang die pegi salam peminat yg mostly org putih, sign autograf. Xpe, semoga Chong Wei dapat tebus kekalahan mase sukan komanwel nnti. my favorite doubles pun kalah, tripleK n TBH. sedihnye sbb tripleK banyak wat silap, smash banyak kne jaring walhal smash tu laa strength die. tp derang dh berusaha gak, xde rezeki, reda je laa.. tengok choong han main rase cam nak ikat kaki die kat pokok. pasai pa kaki die cam lembik semacam huuhu..



p/s: malaysia patut amik semangat lim swee king mase lawan ngan misbun, misbun leading 14-1, tp akhirnya kalah 15-21. nothing impossible.

sambungan... Guru JANGAN jadi LILIN!! NUTP wake up!!!

Guru jadi mangsa kerenah pentadbiran
Oleh Azhar Abu Samah
2010/04/04
Kementerian Pelajaran perlu pastikan pekeliling dasar turut dipatuhi sekolah, jabatanPASTI ramai tertanya-tanya kenapa semakin banyak masalah berkaitan guru timbul sejak kebelakangan ini. Masalah berbangkit ini sebenarnya isu lama yang tidak diselesaikan sejak dulu, sebaliknya ia dibiarkan tergantung supaya isu itu akan lenyap mengikut masa.
Sikap keterbukaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran ingin tahu masalah membabitkan warga pendidik akhirnya mendedahkan pekung sebenar.
Sebaik pelantikannya sebagai Menteri Pelajaran, Muhyiddin turun padang melawat sekolah bermasalah dari segi infrastruktur di sekolah kebangsaan, sekolah menengah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dan membantu memperbaikinya. Dari situlah beliau mula melihat dan mengetahui masalah di sekolah, bukan setakat kurang kemudahan atau bangunan rosak, sebaliknya beban kerja warga pendidik yang terpaksa melakukan kerja berlebihan termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik.
Berikutan itu, Muhyiddin mengumumkan penubuhan jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bagi mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.
Bagi NUTP, guru menanggung beban kerja berganda akibat wujudnya arahan dalam arahan apabila mereka terpaksa melakukan tugasan dalam skop sama berulang kali atas arahan pihak atasan pada peringkat berbeza. Ketika ini, semua pihak di kementerian, jabatan pelajaran negeri, pegawai pelajaran daerah dan pengetua memberikan arahan masing-masing akibatnya sudah pasti antara arahan ini menyanggahi atau melampaui arahan yang berasal dari kementerian. Seperti kata Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng, senario itu berlaku apabila Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan guru melaksanakan program tertentu, tetapi pada masa sama mereka dikehendaki menjalankan lagi program seumpama atas arahan pentadbiran pada peringkat jabatan pelajaran negeri atau daerah, walaupun semua mengandungi pengisian hampir sama.
Keadaan sedemikian didakwa NUTP berlaku di negeri tertentu menyebabkan guru terpaksa akur dengan arahan pihak atasan pada peringkat berbeza sehingga berlaku pembaziran masa dan menjejaskan tanggungjawab pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, dalam menangani situasi sebegini, NUTP berharap guru hanya perlu akur kepada pekeliling Kementerian Pelajaran dan tidak perlu ditokok tambah dengan program yang mirip oleh jabatan pelajaran negeri atau daerah. Di atas kertas, cadangan penyelesaian NUTP ini nampak mudah. Namun, berdasarkan senario semasa, ia bukan semudah itu. Sebagai contoh, sehingga kini, kebanyakan sekolah tidak mematuhi pekeliling waktu mengajar guru pusat sumber sekolah, terutama di Kuala Lumpur. Pekeliling mengenainya sudah ada tetapi tidak diikuti atas alasan sekolah kekurangan guru, selain tiada kesungguhan untuk melaksanakannya, termasuk pada peringkat Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) yang mengawal Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN).
Mengikut satu sumber, seorang bekas pengarah pelajaran pernah memperkecilkan pekeliling ini pada satu majlis terbuka. Ini hanya satu contoh permasalahan kecil yang sehingga kini tidak dapat diselesaikan JPN, sedangkan pekeliling mengenainya sudah ada. Hakikatnya, pekeliling bukan penyelesaian masalah yang ada di sekolah, sebaliknya ia lebih kepada kelemahan penguatkuasaan pekeliling terbabit.
Selain mematuhi pekeliling, ketelusan perlu ada dalam isu tertentu, khususnya membabitkan guru/pegawai jabatan tidak dibenarkan membuat tuntutan perbatuan atau perjalanan. Sehingga kini tiada pekeliling mengenai larangan ini, sebaliknya ia hanya dicanangkan ketua kerani di sekolah. ---> ade ke?
Sukar untuk percaya tetapi itulah hakikatnya apabila guru dan pengetua menghadiri mesyuarat atau berkursus dijamu nasi atau kuih dibungkus dalam plastik bersama air mineral yang harganya tidak melebihi RM4, selain dipesan ketua kerani supaya tidak membuat tuntutan perjalanan, sedangkan ada kakitangan awam lain menerima pelarasan gaji dan tunggakan elaun.