Custom Search

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM, WELCOME TO MY BLOG. This blog was a medium to me deliver a little bit of information and my personal view to you all. it is not aimed to split anyone or damage of anything. it's a sincere view from a youth that too eager see his religion and race successful.


Sunday, December 11, 2011

R.O.D.A.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Roda? Ape tu roda? Alaa, roda pun xtau, roda atau tayar, yg bulat2 kat bwh kenderaan tu, klu xde roda xbergerak laa kenderaan. Kenapa roda? Ermm, roda sekejap kat atas, sekejap kat bwh. Just like our life,sekejap ok sekejap ko. Hari ni kite sayang, esok kite benci. Wktu siangnye kite gembira, waktu mlmnye berduka. Hari ni kita hidup esok kite xbernyawa.siapa akan tau ape akan jdi pd life kite akan dtg? Wallahua'lam...usaha, dan tawakal adalah ubat kekecewaan klu roda kite di bawah. Jgn laa meratapi erkara yg telah berlaku lebih baik berusaha berdoa dan bertawakal supaya perkara yg lebih baik akan mendatang dlm hidup kita :-D

Tuesday, October 11, 2011

AL MUNAFIQUN...

GOLONGAN munafik sudah wujud semenjak zaman Rasulullah SAW lagi. Istilah itu digunakan bagi merujuk kepada golongan yang hanya berpura-pura mengikuti ajaran Islam, tetapi hakikatnya mereka tidak mengakui atau ragu-ragu terhadap kebenaran Islam dalam hati.

Firman Allah yang bermaksud: "Apabila orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta." - (Surah al-Munafiqun, ayat 1)

Begitulah Allah menerangkan dengan jelas perihal orang munafik dalam al-Quran sehingga Allah menamakan satu surah iaitu al-Munafiqun bagi menggambarkan betapa bahayanya sifat munafik terhadap agama Islam.

Pada zaman Rasulullah SAW, perihal orang munafik itu lebih jelas apabila Baginda memerintahkan Muslimin untuk keluar berjihad di jalan Allah, maka golongan munafik akan segera berdolak-dalih dan memberi 1001 alasan bagi mengecualikan diri keluar berperang menentang Musyrikin ketika itu.

Allah merakamkan keadaan itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan orang munafik yang dikatakan kepada mereka: Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu). Mereka menjawab: Jika kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)." - (Surah Ali-Imran, ayat 167)

Ulama mengkelaskan golongan munafik kepada dua keadaan. Pertamanya, munafik I'tiqadi iaitu yang berkaitan dengan kepercayaan dalam hati. Mereka itu terdiri daripada golongan yang hanya beriman kepada Allah secara luaran saja. Hakikatnya mereka ragu dengan kebenaran Islam dan keesaan Allah. Mereka hanya berlakon di khalayak ramai, tetapi sebenarnya mendustakan agama Allah yang dibawa oleh Rasul-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami sudah beriman kepada Allah dan hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman." - (Surah al-Baqarah, ayat 8)

Hakikatnya, golongan itu sudah terkeluar daripada agama Allah kerana niat di hati memainkan peranan penting dalam soal akidah dan dikira sebagai penentu hakiki kepada keimanan seseorang di sisi Allah. Golongan itu akan dimasukkan ke tingkatan neraka paling bawah. Sesuai dengan penipuan dan kezaliman dilakukan terhadap diri mereka sendiri.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan terkebawah sekali dari (lapisan dalam) neraka." - (Surah an-Nisa', ayat 145)

Keadaan kedua disebut munafik 'Amali iaitu berkaitan perbuatan. Rasulullah SAW menjelaskan dalam sabda yang bermaksud: "Tanda orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia mungkir dan apabila diberi amanah ia khianat." - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah). - (Hadis riwayat Bukhari)

Jelas kepada kita ada perbuatan tertentu yang jika dilakukan, maka ia termasuk dalam golongan munafik. Sebagai manusia yang secara fitrahnya tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan, sudah tentu saban hari kita menuturkan kata-kata, membuat janji dan memikul amanah.

Persoalannya, adakah kita melakukan perbuatan itu dengan cara yang betul dan menurut kehendak Islam? Ataupun kita melakukan perbuatan itu mengikut cara orang munafik melakukannya?

Sebagai Muslim yang berusaha sedaya upaya untuk menjadi hamba sentiasa mendapat keredaan Allah, tidak boleh tidak, semua sifat dan perbuatan yang melambangkan perihal orang munafik mestilah dihindari untuk menyelamatkan diri daripada menerima kemurkaan Allah.

Antara lain, dengan muhasabah diri kerana dengan itu kita akan lebih berwaspada terhadap setiap tingkah laku dan gerak-geri. Bermuhasabah juga, membolehkan kita memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri.

Kadang-kadang kita tidak sedar perbuatan kita melampaui batas ditetapkan agama. Muhasabah diri menyedarkan seseorang mengenai perbuatan yang dilakukan dan setiap amalan tidak terlepas daripada timbangan neraca Allah di akhirat kelak.

Firman Allah yang bermaksud: "Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya)." - (Surah az-Zalzalah, ayat 7-8)

Saidina Umar al-Khattab pula pernah berkata yang maksudnya: "Hisablah (nilai) diri kamu, sebelum kamu dihisab (pada hari akhirat kelak)."

Selain bermuhasabah yang bergantung seratus peratus pada usaha sendiri, sebagai Muslim yang mencintai saudaranya, amalan saling memberi nasihat dan teguran juga boleh menghindarkan diri daripada sifat munafik yang tercela itu.

Ada kala perbuatan kita di luar kawalan atau tanpa kita sedari. Justeru, peranan orang di sekeliling yang menyedari akan hal itu dapat membantu kita daripada terus hanyut di bawa arus pembohongan, pendustaan dan pengkhianatan atau pecah amanah.

Sesungguhnya, amalan memberi nasihat dan teguran inilah yang menjadi tuntutan Islam, sesuai sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Agama itu nasihat." - (Hadis riwayat Muslim)

"Membaca sikap manusia lebih sukar dari membaca sikap binatang. Kenapa? Kerana manusia bukan hanya ada sifat manusia, tetapi sikap tebuan yang menyengat, ular yang mematuk, anjing yang menggigit dan macam - macam lagi"



"Biar binatang bersifat manusia tetapi


janganlah manusia bersifat binatang.


Melihat haiwan berpakaian lebih baik


daripada melihat manusia telanjang seperti haiwan"




p/s: Sis, I dh tau ape yg die ckp selama ni semuanya tipu. nnti I caling2 u tell the story later. my incik spy ckp die mmg penipu n suke psiko org. keji punye manusia, die x ingt die bertongkatkan langit berlantaikan bumi milik Allah, let Allah judge..

Saturday, October 8, 2011

CINTA DALAM HATI

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku
asal kau pun bahagia dalam hidupmu
Telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku
ku ingin kau tahu
diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan izinkan tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

Friday, October 7, 2011

MALAY DILEMMA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

It's My dilemma actually, but bcoz i am malay so i choose title malay dilemma (nk same gak ngn title buku che det) hihi.. Hurm.. Pgi tdi kul 8.30 pgi pegi ke VS gym dekat area simpang pulai dgn my friend k.syikin. K.syikin member kt gym tu so sy leh masuk free.. Mmg besar dan best gym die, alat2 fitness diepun mmg bnyk dri head to toe. Tpi ape yg membezakan satu gym dgn gym yg lain selain alatan dieadalah trainer die. Trainer kt vs ni td ade 2 org. Tpi, k.shikin dh biasa dengn sorng trainer ni nme die en. Fendi.so, mse sampai2 tu k.shikin terus laa wat rutin die, then die mnta trainer tu guide sy. Hihi..
1st time p gym, memule buat cycling 15 min. Pas2 buat cam sit up 20 kali, then jln kaki gne treadmil 1.5km, pas2 ade laa naik turun tngga 20 kali n ade laa abit kind of that exercise. Mmg tercungap2 laa sbb dh lame xexercise. En. Fendi ckp, "dayah, u mmg kne pegi gym". Huhu~ mmg laa nk bro, b4 this segan nk p sbb xde member. Smbil woekout tu mcm2 info yg en.fendi share kan about fitness ni. Kbetuln tdi ade trainee en fendi ni dtg gym, bdn die fit je, ramping cam pmpn2 kurus yg lain. En. Fendi ckp kkk tu dulu under die, setahun setengah workout under die, memule dtg bdn die besar. Skang ni cam xcaye je die pnh gemuk dulu.

Ade mcm2 pakej yg leh amik kat gym ni, antaranya lost weight. En. Fendi tanye ape target sy. Sy kate nak lost weight, biar bmi sy ideal, sesuai dgn tinggi, xramping cam kerengga pun xpe asalkan weight sy turun huhu~. Kalau personal training die akan bgi workout 3 kali seminggu setiap sesi 2 jam n setiap mlm kne bgau die ape yg kite mkn hri tu. Byrnnye rm 270 seumur hidup untuk subscribe sbg ahli n 200 setiap bulan. Not bad, n 4 me cam ok laa. I realy want a trainer to guide me so that i can workout in a right way.

Tetapi tetapi tetapi.. Ianya tidak semudah yg disangka. My parent xagree laa nak buang duit 200 sebulan utk progrm tu. They ask me to buy a house next year. Ye, rumh tu mmg penting sbb aset kan, makin lama makin mhl, umur pun makin tua. So cmno? Klu beli umh kompom xcukup bajet untuk amik personal trainer..

Mood: sihat & ceria hihi.. :-D

Wednesday, October 5, 2011

ALL ABOUT AUTISME

Autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada anak, yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun. Penyebab autisme adalah gangguan neurobiologis yang mempengaruhi fungsi otak sedemikian rupa sehingga anak tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara efektif.

Gejala yang sangat menonjol adalah sikap anak yang cenderung tidak mempedulikan lingkungan dan orang-orang di sekitarnya, seolah menolak berkomunikasi dan berinteraksi, serta seakan hidup dalam dunianya sendiri. Anak autistik juga mengalami kesulitan dalam memahami bahasa dan berkomunikasi secara verbal.

Disamping itu seringkali (prilaku stimulasidiri) seperti berputar-putar, mengepak-ngepakan tangan seperti sayap, berjalan berjinjit dan lain sebagainya.

Gejala autisme sangat bervariasi.Sebagian anak berperilaku hiperaktif dan agresif atau menyakiti diri, tapi ada pula yang pasif. Mereka cenderung sangat sulit mengendalikan emosinyadan sering tempertantrum (menangis dan mengamuk). Kadang-kadang mereka menangis, tertawa atau marah-marah tanpa sebab yang jelas.

Selain berbeza dalam jenis gejalanya,intensiti gejala autisme juga berbeza - beza dari sangat ringan sampai sangat berat.

Oleh karena banyaknya perbedaan-perbedaan tersebut di antara masing-masing individu, maka saat ini gangguan perkembangan ini lebih sering dikenal sebagai Autistic Spectrum Disorder (ASD) atau Gangguan Spektrum Autistik (GSA).

Autisme dapat terjadi pada siapa saja, tanpa membedakan warna kulit, status sosial ekonomi maupun pendidikan seseorang. Tidak semua individu ASD/GSA memiliki IQ yang rendah.Sebagian dari mereka dapat mencapai pendidikan di perguruan tinggi. Bahkan ada pula yang memiliki kemampuan luar biasa di bidang tertentu (musik, matematika, menggambar).

Jika 2 dari 7 pertanyaan ini jawapannya tidak, anak anda berisiko autisma. Dan boleh laa membaea anak anda untuk pemeriksaan pakar.


1. Apakah anak Anda memiliki rasa tertarik pada anak-anak lain?
2. Apakah anakAndapernah menggunakan telunjuk untukmenunjukkan rasa tertariknya pada sesuatu?
3. Apakah anak Anda menatap mata Anda lebih dari 1 atau 2 detik?
4. Apakah anak Anda meniru Anda? Misalnya,bila Anda membuat raut wajah tertentu,apakah anak Anda menirunya? 5.Apakah anak Anda memberi reaksi bila namanya dipanggil?
6. Bila Anda menunjukpada sebuah mainan di sisi lain ruangan, apakah anak Anda melihat pada mainan tersebut?
7. Apakah anak Anda pernah bermain 'sandiwara' misalnya berpura-pura berbicara ditelepon atau berpura-pura menyuap boneka?

*gejala autisma biasanya nampak sebelum anak betusia 3 tahun.


P/s: maklumat lanjut all about autisme boleh lawati http://www.autis.info

Tuesday, October 4, 2011

NAME, NAME, NAME

Assalamualaikum warahmatullahi wabatakatuh,

Satu perkataan yang ejaannya dan maksudnye same tp sebutannye berbeza iaitulah NAME. Yg pertama tu name ikut sebutan pasar org melayu, " nama saya polanah binti polan". Yang kedua tu name dlm srbutan inggerisnya 'nem'. "my name is dahlan bin tampan". Dan yang ketiga tu pulak name dlm sebutan jerman same mcm sebutan melayu pasar na-me. "ich name ist amalnisak binti amalmujahid".

So, cerah sekali (sila buat direct translation :-D ) sy nak bercakap tentang nama. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Sesungguhnya engkau akan dipanggil pafa hari kiamat dengan nama - namamu dan dengan nama bapa - bapa kamu sekali. Maka oleh itu, perelokkanlah nama - nama kamu"

Kepada bakal - bakal ibu bapa ataupun yg telah menjadi ibu bapa untuk anak yg seterusnya, letaklah nama anak anda dengan maksud nama yang baik. Biarlah xglamer asalkan anak kite xmalu di padang mahsyar nnti. Sy nak share cerite sepasang parent dgn seorng ustaz , parent ni sering merujuk ustaz ni dalam pelbagai mslh, kebeyulan si isteri bakal melahirkan ank kembar, mereka bertanyakan ustaz nama yg baik

parent: Assalamualaikum ustaz, mohon jasa baik ustaz untuk berikan nama.yang baik untuk ank kembar kami yg bakal lahir ni, kalau boleh nama yg jarang didengar.
Ustaz: kan baik klu diberikan nama abdul rahman dan abdul rahim.kedua duanya nama Allah.
Parwnt:kedua dua nama ni dh biasa kita gunakan.
Ustaz:bagaimana klu nama husin dan hasan, tu nama anak saidina Ali dn cucu Rasulullah
parent: xde ke nama lain ustaz, iyalah.. Nama yg jatang jatang org gunakan untuk cahaya mata mereka.
Ustaz: ada. Bukan je jarang, bahkan belum ade lagi org menamakan ank mereka dgn nama ni.
Parent: kalau begitu baguslah ustaz. Apa namanye? (intonasi eksaited)
Ustaz: Munkar dan Nakir
patent: Allah! Takut kami ustaz. :))

P/s : dengar namapun dh terkejut, bagaimana pula jika bersua muka? This posting just for mummy wannabe nur azlin kamarulzaman :-D

Monday, October 3, 2011

MY WEEKEND

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

mcm mne dgn hujung minggu anda? Happening x. Hujung minggu sy for this week agak bz dgn aktiviti sek. Pd 1 okt 2011hri tu my school buat lawatan ke muzium kesenian islam. Mlmnye pulak brother shukor tokey kantin kat myschool buat jamuan. Klu shukor yg buat, dh terbayang dh kambing bakar die yg mmg sedap. Ingtkan sempat laa pegi majlis shukor, sampai kat ipoh je dah pukul 11.30 malam. Mane xnya, bershoping sakan kat nilai 3 jam. Pegi muziumnye xsampai 2 jam. Tobat laa pasni xmo dh join program dgn gol. Yg selfish cmni. So. Kat bwh ni ade laa skit gambr2 yg diambil mase hri tu. Alamak, update blog gune galaxy tab xtau nak upload imafe cmne huhu~ sbb tu laa spelling error je manjang. Huhu~ pointnye nak ltk gmbr, tpi dh xbole nk upload, tu yg merapu xkne tempat tu. Ok laa, sy nk crik dulu care nk upload gambr kat blogger gne hp android ni k. C u till next update.


Mood: cerah matahari menyinari alam. mood apekah? :-P

Thursday, September 29, 2011

MY LOVE STORY...

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati penuh hati

mood: jiwang blues emo pop o_O

Tuesday, September 27, 2011

demokrasinya negaraku...

Assalamualaikim,

Hot news @ my workplace adalah isu pertukaran tempat kerja yg berlaku terhadap seorng kawan ni. Biasa laa mentaliti pemimpin xhbis sekolah, kje dengan gomen xboleh sokong parti pembangkang. Soal kepartian xde knemengena dengan ketaatan dalam bekerja. Jika kite lebih menyokong perinsip parti yg satu lagi, demokrasikah negara kita apabil memksa rakyatnya wajib sokong perinsip parti yg memerinta Dalam soal pentadbiran dan kerja pula, kita patuh pd majikn iaitu kerajaan yabg memerintah. Melaksanakan tangggjawab mengikut garis panduan yg ditetapkan. Adakah adil jika kita dipaksa tunduk kepada perinsip parti yg pd pandangan kita salah? Biarkan saje pilihanraya betsuara, siapa yg menang kita patuhi kepimpinannya, namun perinsip kite tetap sama. Yg kalah xsemestinya salah. Sy paling tidak setuju dgn pandangan kje dgn kerajaan kne sokong BN. Kerajaan adalah kerajaan, BNadalah parti politik, jika BN menang mereka kerajaan sy, sy patuh pde peraturan dalam hal2 pekerjaan sy. Namun bukan bermakna bila BN menang pilihanraya n jadi kerajaan saya wajib jadi ahli BN. Jika malaysia benar2demokrasi, maka hak menjadi ahli mana2parti politik adalah terletak di tangan individu masing2.

Friday, August 19, 2011

RAMADHAN KAREEM!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Blog ni laa yang jadi cetusan rasa luahan perasaan aku di kala rasa duka dan gembira..tpi yang banyaknya duka kot.. kenapa berduka? mungkin kerana tak lama lagi sambutan merdeka.. berapa ramai lagi anak haram yang bakal dilahirkan di ambang kemerdekaan? hurmm tu isu yg besar tuh.. isu aku kecik je.. tentang kesedaran.. Kesedaran yang adik2ku telah jauh dari landasan sebenar.. tapi masih belum telambat untuk dipimpin ke jalan yang benar..Siapa yang nak pimpin? telah diberi idea tapi disanggah.. dipelawa tenaga juga tak diterima.. nak buat macam mana? Di kala ini juga aku menyesal kerana tidak menuntut ilmu sehabis sungguh , tidak membentuk diri semulia manusia, lantas menjadikan aku rasa kerdil untuk bersuara. Orang macam aku tak layak nak pimpin mereka...habis yang layak kenapa berdiam? dengan pantas menyimpulkan kita dah buat yang terbaik termampu..ape yang terbaik termampu tu? Sanggupkah kite menjawab begitu bila disoal Tuhan nanti? sedangkan mencubapun kita belum lagi..

-Salam Ramadhan-

Thursday, March 17, 2011

JOM MAKAN PIZZA!



Assalamualaikum dan salam sejahtera... ermm..lame xupdate blog ni since last time i post bout my sad story heheh..as title above, hari ni nak story pasal pizza.. ptg tdi mase nak kuar ke tesco beli brg2 rumh, terpijak kan kertas iklan..tengok2 iklan kdai pizza. iklan die mcm gmbr kat atas tu laa, gigih mak scan kan ;) hihih.. perasan x kertas tu keronyok2? nnti i story.. ermm.. berbalik pde citer nak pgi beli brg tdi, then lepas dh terpijak krts iklan tu sypun amik laa krts tu n bwk anak sedare umur 3thun pgi ikut beli brg skali. banyak barang nak beli, tpi lebih xcited nak cri kdai ni sbb dekat je ngn tesco..sypun cri laa kdai tersebut ikut peta mcm gmbr kt bawah ni..

Pusing2 sekitar tu akhirnye jumpe laa kdainye.. (rupenye mcm2 lgi butik2 best2 bru bkk area ctu). yg keronyok2 tu bukan ape, ntah ngape rase segan plak kalau owner kdai tu tau yg sy betul2 nak crik kdai die hehee..tu yg keronyok n simpan sorok dlm kete tu :D bile dh sampai mesti laa masuk kedai kan..nme kedainye MY ROMA PIZZA (MRP). MRP ni ade mcm2 jns pizza, kite juge boleh beli slice je .. so sy order 2 slices 1 chicken lover untuk anak sedare n 1 lgi meat lover for me. pastu terbace iklan die WHITE ROMA PIZZA.. pizza die xde sos, just chees atas die n sayur2 bole pilih, cam brokoli ke tomato ke or ape2 lgi jns sayur (xingt laa pulak).. Lepas je kuar dri oven white ROMA pizza tu, husband akak tu tunjukkan laa kat sy pizza tu, mmg rase nak makan japtu gak tpi nak bungkus bawak balik buah tangn untuk 2 org lgi anak sedare.. syg xde kamera, hp pun cikai je, mmg menyelerakan! Saiznye pun lebih bsr dri pizza2 biase.


MRP ni bukan hanya jual pizza je, ade jual lasagne, pasta, spagetti n mcm2 makanan itali..rase pizza die mmg better dri pizza hut. sbb roti die xtebal sgt, nipis je, tpi xtau laa klu korng jns yg suke mkn roti.. for me, i prefer the topping huhu~... kalau mkn kat ctu mmg kruk krak laa bunyi nye sbb rangup je roti die..mmg puas hati laa, berbaloiii..fresh home made pizza.


owner die sgt ramah n baik hati..only she n her husband je yg handle kedai tu.. both of them from US b4, then bukak bisnes kat cni....dri segi appearance plak, kdai ni mmg simple je, perabot kedai ni mcm kdai makan biase je walupun die serve makanan barat..hehehe..pinggan n cawan pun plastik je..die punye list menu pun dlm krts yg fotostat hitam putih je... tpi standard laa , bru bukak kan..xpe2 aku harap kdai ni akan terus maju n akan ade improvement sikit demi sikit..xpe2 yg penting makanan die mmg tiptop setanding dgn kedai2 makanan barat or fast food yg aku pnh pegi heheh..malah lebih sedap lgi :D (seyes xtpu, taste i tinggi tau :p)


Actually dont think i ade share with MY ROMA PIZZA tau! seyesly i mmg suke nak pomotkan produk 'org kite' yg berkualiti.. bukan sng nak buka bisnes tau.. dh boleh bukak kdai tupun dh 50% berjaya.. bisnes is about dare to take risk..hhuu! tahniah akak! n hopefully u terus maju n maju n ramai gilerrr customer.. ure pizza mmg curlast!!



Tuesday, February 22, 2011

DI SUATU KETIKA..

Di suatu ketika dahulu, pada waktu ini, aku pernah ternanti - nanti panggilan dari seseorang. Namun panggilan yang kunanti tak kunjung tiba. Sampai laa aku yang menghubunginya. katenye mahu jadi yang terakhir, dan lagi katenye aku kan dapat kredit free, jadi die menunggu panggilanku :(
Sejujurnya pada waktu itu aku curiga dengan kesetiaannya. Die tak ingt langsung sebenarnya hari apekah itu. Namun kubiarkan perasaan itu berlalu. Satu demi satu rahsia dirinya terbongkar. Disaat die merasakan hubungan kami stabil, kutinggalkan die..Tak pernah kulupe sikapnya padaku di suatu ketika itu...
p/s: mood jiwang di hari birthday :(

Saturday, February 19, 2011

COMEBACK!

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Selamat tahun baru 2011 ;) walaupun dah berlalu dekat 2 bulan hehehe.. Lame dah tak update blog ni. Hari ni seperti yg anda tahu merupakan hari persekolahan ganti bagi sesetengah sekolah (bagi sekolah yang bercuti panjang mase raya cine ritu). My family semua xde kat ipoh ni, ade yg balik KL dan yg lainnye balik kg kat sungkai. So tinggal laa aku sensorng kat umah...
balik skolah tdi kul 6.30 pm dlm keple dh plan nak buat itu ini hehe.. mase kete dh sampai simpang taman perumahan, on the dot ubah fikiran teruskan perjalanan, terus ke batu gajah. Destinasi yg dituju TF batu gajah. TF batu gajah xde laa happening sgt, same je cam TF tg malim. Yg bestnye ade MR CENDOL dan ROTI MAMA. mmg best cendol kat ctu n roti kopi die (tpi rotiboy lgi best).
So, sesampainye di TF, aku terus pekena cendol ngn laksa kat MR CENDOL. xramai org sgt, dlm kul 7 cmtuh.. hurmm aku mkn sensorng je. yg kelakarnye, ade laa sorng budak ni die dtg nak order, die tengok aku mkn laksa then terus diepun order laksa.. pastu dtg seorng lgi perempuan ni, die order cendol bungkus memulenye..sementara menunggu (die dok sebelah aku), die mintak kat waitress tu nak laksa..dlm hatiku mse tu, aku mkn pelahap sgt ke smpai buat org lain terliur hihihi..rasenye x.. cara makanku boleh mempengaruhi selera org hahaha.. perasan! jalan - jalan cari makan kne jemput aku laa cmnih heheh boleh kuekspresikan keenakan makanan dgn tepat sekali hahah..


p/s: mek kelate kat anugerah angkasa jdi penyampai anugerah dh beranak ke? sape ade gmbr anak die? :)
sempat gak berkenalan ngn akak yg terpengaruh dgn keenakan laksa yg kumakan hihi..